Simplification
Simplification
Follow
Dashboard
Entries About Stuff Linkies

Bernafas kembali?
Thursday, 28 January 2016 | 06:03 | 0 Kawaii ?

Assalamualaikum semua.

Terlalu rindu.

Blog ni dah ta bernyawa since tahun 2013 rasanya. Kini dah 2016. Dalam masa 3 tahun ni terlalu banyak benda dah berlaku. Aku dah tamat pengajian dan kini aku menjadi tunangan orang. Dan orang itu bukanlah Arie. Tetapi Hadi.

Jika sebelum ini, blog aku penuh dengan kisah cinta mabuk kepayang kami, tapi kini tiada lagi. Aku da campak dia jauh2 dari hidup. Sekarang aku dah hidup baru, cerita baru, kisah baru. Aku tak kisah bila orang ckp "dulu bercinta kemain dengan mamat tu last2 tunang dengan orang lain". Sayang, kisah hidup kita bukan selamanya sama.

Walaupun aku dah bertunang, itu bukan perkara yang aku nak titipkan di sini. Selama ini, aku hanya meluah rasa di twitter. Segala suka duka perit jerih tangis duka di sana. Tapi mungkin rasanya tidak enak kerana ianya umum dan dapat dibaca secara terus oleh follower2 di sana. Di sini lebih privasi kerana tiada siapa yang tahu akan kewujudan blog ini. Ya, ada yang tahu tetapi TIDAK TAHU ianya kembali aktif. Akan kembali bernafas.

Sudah hampir 2 tahun aku bergraduasi, aku masih tiada kerja tetap. Tahun 2015 melihatkan aku sebagai seorang penjawat awam. Walaupun kontrak. Aku memegang jawatan sebagai Penolong Pegawai Tadbir di tempatku menuntut ilmu, USM. Namun, atas alasan tidak boleh menyambung kontrak, aku mengambil keputusan untuk berhenti.

Kini, aku menjadi salah seorang freelancer di Syarikat Printing Bumiputera. Faham sahajalah bila katakan freelance. Bayaran pasang surut ditambah pula dibayar mengikut hasil kerja. Saban hari aku pening memikirkan duit poket. Maklumlah, aku bakal berkahwin pada bulan Ogos ini. Banyak komitmen bulanan harus dilangsaikan. Kereta, rumah sewa, bil internet, bil air eletrik dan lain-lain. Semuanya menambahkan beban di dada. Mana mungkin aku ingin meminta ibu bapa dan tunang aku untuk melangsaikan semuanya? Kerunsingan ini tidak pernah aku kongsi dengan sesiapa. Aku pendam sendiri.

Apa sahaja kerja yang datang semua aku cuba lakukan. Tawaran nyanyian di RTM, designer, Uber Driver (baru nak cuba) etc. Asalkan mendatangkan duit. Kepada siapa ingin aku meminta bantuan? kepada Allah sajalah aku berserah. Walaupun aku begini, aku ta lupa bersedekah. Aku percaya, semakin kita banyak bersedekah, rezeki kita bukan semakin mengurang bahkan semakin membusut tingginya.

Alhamdulillah Allah. Aku lupa rezeki bukan dari segi wang sahaja. Rezeki itu abstrak. Nafas, makanan, tempat tinggal, doa ibu ayah dan lain-lain yang baik. Itu semua rezeki. Semoga Allah panjangkan rezeki ini.

Amin.





Older Post

Cutely Made by : Ieka Salju | Cute BG : AtiQah
Owned by : Ema Aira
Best View in Google Chrome